Saya Sangat Terkilan Disebabkan Saya, Abang Saya Jadi Mangsa – Adik Mangsa Tikam

Trending

Saya Sangat Terkilan Disebabkan Saya, Abang Saya Jadi Mangsa – Adik Mangsa Tikam

Semalam, seorang lelaki telah menikam bertubi-tubi bakal abang iparnya sehingga mati kerana membongkarkan bahawa lelaki itu sebenarnya sudah mempunyai dua isteri kepada bakal isterinya yang merupakan adik perempuan mangsa.

Walaupun terdapat khabar angin yang suspek telah ditangkap, namun suspek, Mohd Hafiz Mohamad, 29, sebenarnya masih diburu polis.

Advertisement


 photo bodo.jpg

Sehubungan itu, lapor Bernama, pihak polis meminta orang ramai agar tidak melindungi suspek itu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, polis sedang memburu suspek yang berasal dari Manir, kerana dipercayai menikam Mohd Shukri Husin, 34, kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak enam kali sehingga maut.

Kejadian bermula apabila mangsa dari Kelantan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.

Apabila tembelang sebenar suspek diketahui, berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.

Wan Abd Aziz berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan di beberapa lokasi yang sering dikunjungi mangsa termasuk di rumah anggota keluarganya.

Beliau berkata, Ops Tutup turut dilancarkan bagi mengesan suspek dan seorang lagi rakannya.

Suspek dipercayai telah bersedia dengan pisau yang dibalut dengan kertas surat khabar dan disimpan di dalam poketnya, katanya.


 photo 3_7.jpg

Sementara itu adik mangsa, Azlina Husin, 27, tidak menyangka yang bakal suaminya itu sanggup menikam abangnya kerana perwatakan lembut selama ini. Katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah:

Saya tidak sangka bakal suami saya yang selama ini berperwatakan lembut sanggup bertindak agresif dan menikam abang saya.

Azlina berkata, beliau terkejut apabila diberitahu pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu bahawa suspek yang berumur 29 tahun itu pernah berkahwin, sedangkan dia sebelum ini mempertahankan bahawa dia masih bujang.

Selepas dimaklumkan dia telah berkahwin, saya terus berkata, cukup setakat ini sahaja, kerana saya telah berjanji dengan keluarga saya untuk tidak bersamanya jika dia suami orang. Dia dengan tenang menerimanya (keputusan).

Sejurus itu abang saya mengajak dia pergi minum. Namun tiba-tiba kami terkejut, bila diberitahu abang saya telah ditikam.

Azlina berkata, dia mula mengenali lelaki tersebut enam tahun lalu menerusi telefon, namun hubungan mereka terputus seketika ekoran kekangan kerja dan kembali berhubung rapat dua tahun lepas.

Beliau berkata, hasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berkenaan dibuat tahun ini selepas beberapa kali lelaki itu menangguh perkara tersebut apabila diajak berkahwin sejak tahun lepas.

Abang saya sebelum ini ada memaklumkan bahawa bakal suami itu telah berkahwin, namun saya enggan mempercayainya lantas saya membuat keputusan untuk menyemak statusnya.

Saya harap dia ditangkap segera sebab jika dia boleh lakukan perkara itu pada abang saya, mungkin juga dia boleh lakukan benda yang sama pada saya dan ahli keluarga saya yang lain.

Sebelum ini abang saya selalu menasihatinya dan meminta saya agar membuat keputusan yang tepat. Abang juga seorang yang sangat bertanggungjawab. Saya sangat terkilan disebabkan saya, abang saya yang menjadi mangsa.


 photo 2_6.jpg
 photo 1_6.jpg
Sebenarnya ini bertitik tolak dari sikap suspek yang bermasalah. Sudah beristeri dua masih mahu beristeri lagi dengan mengaku bujang. Bila tembelang pecah sampai membunuh pula. Adalah diharap orang ramai akan terus bekerjasama dengan polis untuk mengesan suspek. –amazingnara.com

Sumber: BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...