Sering terpalit dengan kontroversi panas dan pelbagai cerita mengenai sikapnya, sesetengah pihak melabelkan penyanyi Haqiem Rusli seorang artis yang bermasalah.
Lebih positif sekarang, pesanan terbaru Haqiem untuk peminatnya yang dimuat naik di akaun Instagram mendapat perhatian ramai. Haqiem mengingatkan peminatnya untuk tidak lalai dan menjadikan konsert serta lagunya sebagai alasan untuk tidak menunaikan solat.
Menurut Haqiem, beliau bimbang disoal di akhirat kelak mengenai perkara itu. Niatnya menceburi bidang muzik kerana ingin mencari rezeki yang halal untuk membantu ibu bapanya.
Pesanannya itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji Haqiem tidak melupakan tanggungjawab ibadah paling wajib itu dan mengajak peminatnya kepada kebaikan.