Sering terpalit dengan kontroversi panas dan pelbagai cerita mengenai sikapnya, sesetengah pihak melabelkan penyanyi Haqiem Rusli seorang artis yang bermasalah.
Lebih positif sekarang, pesanan terbaru Haqiem untuk peminatnya yang dimuat naik di akaun Instagram mendapat perhatian ramai. Haqiem mengingatkan peminatnya untuk tidak lalai dan menjadikan konsert serta lagunya sebagai alasan untuk tidak menunaikan solat.
Menurut Haqiem, beliau bimbang disoal di akhirat kelak mengenai perkara itu. Niatnya menceburi bidang muzik kerana ingin mencari rezeki yang halal untuk membantu ibu bapanya.
Pesanannya itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji Haqiem tidak melupakan tanggungjawab ibadah paling wajib itu dan mengajak peminatnya kepada kebaikan.
Kredit Foto : Taufiq Nadzri & Neonate Clothing

anon
April 14, 2019 at 11:51 am
ALHAMDULLILAH
sekurang2 nya dia jenis beringat akhirat
untung ibu awak punya anak seperti kamu
membantu keluarga dgn bakat yang ada
semoga baik2 sahaja untuk kamu akim,,
jj
April 14, 2019 at 8:48 am
muzik itu halal kah????
lavender
April 12, 2019 at 3:06 pm
betul tu Haqiem.. akak setuju.. konsert2 yg melalaikan .. yg bersifat duniawi.. sggup mekap tebal bergaya dtg awal di saat azan berkumandang.. mereka leka dgn hiburan duniawi. perempuan melunakkan suara walhal haram di sisi Islam. tetapi masih dipuja2 . Nauzubillah. akhir zaman
Mk
April 12, 2019 at 2:42 pm
Soalan akak akak hari ini …..who the hell is this attention seeker …????