Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Sangat Selesa Bertudung”- Amyra Rosli Sudah Berhijab Selepas Pulang Daripada Umrah?

amyra rosli sudah tampil berhijab selepas pulang umrah

Kebelakangan ini, ramai juga artis wanita tanah air lain yang semakin manis apabila mengaku sudah mula mengenakan hijab secara kekal. Antara selebriti tersebut ialah Lisa Surihani dan juga pelakon berbakat, Wan Sharmila.

Rupanya, secara diam-diam, ada seorang lagi pelakon lain yang sepertinya sudah berhijrah dan mula memakai hijab dalam penampilan sehariannya. Ramai yang menebak Amyra Rosli menyarung hijab penuh kerana dia sedang melakukan ibadah umrah, namun nampaknya dia kekal berhijab selepas pulang dari tanah suci baru-baru ini.

Advertisement

amyra rosli kini sudah tampil berhijab selepas pulang daripada umrah?

Menurut Amyra, dia menyerahkan kepada orang ramai untuk memikirkan imej berhijab itu sama ada kerana tuntutan watak Dhiya dalam drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan atau sebaliknya.

Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung.

Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.

Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri.

Advertisement

Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan.

amyra rosli kini sudah tampil berhijab selepas pulang daripada umrah?

Amyra turut mengakui bahawa dia sebenarnya selesa apabila mengenakan hijab sebagai sebahagian daripada penampilannya.

Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah.

Mungkin juga kerana wataknya dalam drama terbaru menyebabkan Amyra terus tampil berhijab, namun mungkin juga wanita itu memang sudah berhijrah? Doakan sahaja yang terbaik kepadanya, apa-apa pun keputusan terletak di tangan Amyra sendiri.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Kepoci

    October 31, 2019 at 5:22 am

    Ok.bolela delete gambar free hair kat ig

  2. Anonymous

    October 31, 2019 at 12:09 am

    cantiknye!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama