“Saya Sangat Gembira Kerana Dapat Tepukan Gemuruh” – Demi Lovato Menyanyi Untuk Hantu

Hiburan

“Saya Sangat Gembira Kerana Dapat Tepukan Gemuruh” – Demi Lovato Menyanyi Untuk Hantu

Penyanyi antarabangsa, Demi Lovato menarik perhatian orang ramai apabila menjadi tetamu dalam sebuah program Unidentified yang menampilkan interaksi antara seorang pengkaji alam ghaib paranormal bersama makhluk halus.

Lebih menarik, Lovato turut membuat pengumuman selepas menjadi tetamu dalam program tersebut bahawa dirinya adalah seorang non-binary iaitu istilah bagi individu yang tidak menganggap bahawa dia adalah lelaki atau wanita.

Advertisement

Menurut Lovato, dia menyanyi untuk hantu dan mendapat tepukan gemuruh daripada semua makhluk ghaib tersebut yang menonton persembahannya.

Saya menyanyikan lagu Skyscraper yang ditujukan untuk hantu dan berasa sangat gembira kerana mendapat tepukan gemuruh.

Tambah penyanyi lagu Dancing With The Devil itu, dia tidak pernah mendapat tepukan tangan yang begitu meriah sekali daripada hantu.

Lantaran pendedahan dibuat penyanyi berkenaan, ramai yang kasihan melihat dirinya dan menganggap bahawa penyanyi itu mungkin mengalami masalah kemurungan.

Baca: Ariana Grande Tutup Akaun Twitter, Cetus Tanda Tanya Buat 90 Juta Pengikut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...