“Saya Sangat Bersedia” – Aidil Aziz ‘On’ Saja Jika Pengarah Minta Lakonkan Watak Buka Baju

Hiburan

“Saya Sangat Bersedia” – Aidil Aziz ‘On’ Saja Jika Pengarah Minta Lakonkan Watak Buka Baju

Pelakon Aidil Aziz memaklumkan bahawa dia bersedia jika diarahkan untuk berlakon mana-mana watak yang memerlukan dia membuka baju di hadapan kamera.

Ujar Aidil yang ditemui Oh Bulan!, dia perlu sentiasa bersedia dengan kehendak pengarah agar perjalanan penggambaran filem terbaharunya yang berjudul Harimau Malaya The Untold Story berjalan dengan lancar.

Advertisement

Saya akan memegang watak sebagai seorang pemain bola sepak. Secara realitinya mereka akan buka baju selepas perlawanan dalam bilik persalinan.

Jadi kalau pengarah minta untuk saya buka baju, saya tak ada masalah sebab saya dah bersedia untuk scene itu. Kalau pengarah nak saya lakonkan babak raikan gol dan buka baju pun saya akan buat, tiada masalah.

Suami kepada pelakon Fasha Sandha ini juga mendedahkan bahawa dia sangat teruja untuk terlibat dalam naskah terbaharunya kali ini memandangkan ia adalah sukan kegemaran dan paling diminatinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz)

Saya terus telefon pengarah Afdlin Shauki setelah mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem tersebut. Bola ini memang makanan saya. Boleh dikatakan makan bola, tidur bola, hari-hari saya main bola jadi saya sangat teruja untuk berlakon bagi filem ini.

Tak dapat jadi pemain bola sepak untuk negara pun tak apa, dapat berlakon ni pun saya dah seronok dah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aisha retno bella astillah sophia albarakbah
7 months ago

"Kena Pindah Marikh La Kot Keluarga Kami" - Aisha Retno Respon Kritikan Yang Diterima Sophia Albarakbah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...