Kisah hidup poligami dalam rumah tangga pempengaruh Aisyah Hijanah dan suami, Alif Teega sehingga kini masih ‘panas’ dalam media sosial.
Isu yang berlaku bukan saja menarik perhatian netizen, malah rakan-rakan influencer serta selebriti yang lain turut memberi kata-kata semangat buat Aisyah dan antaranya adalah Siti Khadijah.
Hal yang mencuri perhatian netizen apabila melihat Aisyah membalas komen berkenaan dengan mengatakan dirinya turut berharap akan menemui pasangan hidup yang lebih baik satu hari nanti.
Boleh dikatakan setiap komen kata-kata semangat daripada rakan dibalas oleh Aisyah.
Dalam pada masa yang sama, warganet turut mendoakan wanita terbabit kuat mengharungi ujian yang sedang dilalui sekarang ini.
Sebelum ini, Alif Teega mendedahkan dirinya sudah pun berkahwin satu lagi dan membuat keputusan untuk beritahu kepada umum kerana mahu elak daripada tercetusnya fitnah.