“Saya Sangat Bahagia Dengan SS, Dia Seorang ‘Green Flag'” – Bella Astillah

Hiburan

“Saya Sangat Bahagia Dengan SS, Dia Seorang ‘Green Flag'” – Bella Astillah

Semakin bersikap terbuka, penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kini berada dalam fasa bahagia apabila menjalinkan persahabatan rapat dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Astillah, 31, meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang membawa ketenangan jiwa dalam hidupnya.

Advertisement

“Saya sangat bahagia mengenali Saddiq. Dia seorang lelaki ‘green flag’,” katanya menerusi satu audio siar bersama adiknya, Didi Astillah, dan abang kepada Saddiq, Syed Abdullah.

Menurut penyanyi Lebih Indah Berpisah itu lagi, keperibadian Saddiq yang bernama penuh Syed Saddiq Syed Abd. Rahman, 32, seolah-olah mencerminkan dirinya dalam versi lelaki.

Saya rasa bila saya jumpa YB Syed Saddiq dan tengok dia, saya seperti jumpa lelaki versi Bella Astillah.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya menyokong keakraban mereka dan berharap hubungan itu berakhir dengan perkahwinan.

“Jodoh yang baik datang selepas badai. Semoga Bella dan Saddiq terus bahagia dunia akhirat,” komen seorang pengguna media sosial.

“Aura BASS ni memang padu! Tersengih peminat melihat keserasian mereka. Macam vitamin,” kata seorang netizen lagi.

Sebelum ini, mereka pernah mencuri perhatian ramai apabila tampil bersama dalam beberapa kempen jenama pakaian tempatan serta kolaborasi muzik video Tapi Bukan Denganmu, sekali gus mencetuskan fenomena ‘BASS’ — singkatan Bella dan Saddiq  yang menjadi tular dalam kalangan peminat.

Fenomena yang menggabungkan dunia seni dan politik itu bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia, bahkan turut mendapat sambutan peminat hiburan di Korea Selatan.

Walaupun kedua-duanya belum pernah mengesahkan status hubungan mereka secara terbuka, keluarga dari kedua-dua belah pihak dilaporkan telah memberikan restu sekiranya benar ada jodoh antara mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fazura hisyam hamid
41 mins ago

"Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti, Mudah-Mudahan" - Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai 'Family Man'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...