“Saya Sangat Bahagia Dan Tenang” – Hafidz Roshdi Kalis Kecaman, Kecap Nikmat Perkahwinan Bersama Athira

Hiburan

“Saya Sangat Bahagia Dan Tenang” – Hafidz Roshdi Kalis Kecaman, Kecap Nikmat Perkahwinan Bersama Athira

Pelakon Hafidz Roshdi lebih memilih untuk enggan mengambil kisah mengenai segala kecaman dan kata-kata negatif yang dilemparkan netizen terhadap dirinya dan isteri, Athira Yuhada.

Aktor itu yang baru sahaja bernikah kali kedua itu juga tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara (perkahwinan) itu.

Advertisement

Apa yang boleh saya katakan adalah saya sangat bahagia dan tenang.

Perasaan saya ketika ini adalah sangat gembira dan bahagia. Itu yang saya boleh simpulkan.

Sebelum ini, tular mengenai sebuah video miliki pengusaha syarikat rekreasi yang memaparkan pasangan itu gembira dan ‘enjoy’ ketika melakukan aktiviti lasak  dan difahamkan mereka berdua sedang berbulan madu di Kuantan, Pahang.

Terdahulu, Hafidz akhirnya menamatkan zaman duda yang dipegangnya selama hampir 6 bulan itu bersama kekasih lama, Athira Yuhada pada 16 Disember lalu.

Athira sebelum ini menjadi individu yang didakwa telah meruntuhkan rumah tangga Hafidz dan bekas isteri, Shuhada sebelum ini.

Hasil perkongsian hidup Hafidz dan bekas isteri, mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trendingyang lain pada pautan di bawah.

Hafidz roshdi
4 months ago

"Terpaling Bangga Video 'Throwback', Anak Dua Masih Tak 'Move On' Lagi" - Bertubi-Tubi Hafidz Roshdi Kena Kecam, Netizen Simpati Nasib Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...