Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Sampai Buat Live Di Bigo..” Enam Bulan Tak Bayar Sewa, Ashira Dihalau Keluar Rumah Sehari Selepas Umum Layak Sertai GV7

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Di Ombak Resah, Ashira berkata dirinya kini terpaksa mencari perlindungan di rumah kakaknya selepas dihalau keluar dari rumah sewanya hanya sehari selepas dia diumumkan layak menyertai program Gegar Vaganza musim ke-7.

Menurut Ashira, dia terpaksa akur dengan arahan pemilik rumah sewanya yang memintanya untuk segera keluar gara-gara kegagalan dalam membayar tunggakan sebanyak RM1,200 iaitu selama hampir enam bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Advertisement

“Sejak PKP kehidupan saya tak berapa baik dan telah hilang punca pendapatan. Sebelum ni saya menyanyi di kelab malam tapi sejak tak dibenarkan gara-gara PKP saya tak ada income,”

Mengakui telah mencuba pelbagai cara untuk meneruskan kehidupan seperti menjual laksa serta menolong kawan berniaga secara online, Ashira juga berkata dia pernah sampai terdesak untuk melakukan siaran langsung ataupun ‘live’ di Bigo.

Advertisement

Hasil pendapatan yang diperolehinya itu tidaklah banyak namun hanya mampu  untuk membayar bil-bil utiliti namun masih belum mampu untuk menjelaskan sewa rumah.

“Dapat la duit sikit untuk bayar bil elektrik dan air tapi masih tak lepas bayar sewa rumah. Setengah tahun juga saya tak mampu nak bayar. Kalau ada duit lebih saya bayar dalam RM100 macam tu. Allah beri dugaan.. sehari selepas dapat berita layak masuk GV7, saya diminta keluar dari rumah itu dan hari ini (selasa) merupakan hari terakhir saya perlu serahkan kunci,”

Ashira yang ditemui ketika sidang media pengenalan peserta-peserta program Gegar Vaganza Musim ke-7 di Envi Skydining, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur itu mengakui hilang keyakinan untuk meneruskan hidup namun tetap tabah kerana mempunyai seorang anak lelaki untuk ditanggung selepas bercerai dengan suaminya, lima tahun lalu.

Menganggap masalah yang dihadapi dirinya ketika ini sebagai salah satu ujian daripada Allah untuk diri dan keluarganya, Ashira berkata dia akan melakukan yang terbaik dalam program realiti TV tersebut dalam usaha mengubah nasib diri dan juga anaknya.

Sumber: Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top