“Saya Sama Je Tak Ada Lah Pula Lupa Diri, Acah-Acah Pakai Barang Mewah..” – Reen Rahim

Hiburan

“Saya Sama Je Tak Ada Lah Pula Lupa Diri, Acah-Acah Pakai Barang Mewah..” – Reen Rahim

Pelakon Reen Rahim terkenang tentang kerisauan bapanya sewaktu dia mula-mula memasuki dunia hiburan dengan menyertai program realiti Pilih Kasih terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar lapan tahun lalu.

Reen Rahim
3 years ago

Hikmah Tak Peduli Beg Gucci, Prada, Reen Rahim Masih Mampu Tanggung Keluarga Kala Pandemik

Advertisement

Reen atau nama sebenar Noreean Ashikin Abdul Rahim berkata dia berpegang dengan prinsip bahawa kepercayaan dan sokongan keluarga penting untuk seseorang anak berjaya dalam karier. Baginya, anak-anak akan sentiasa di landasan yang betul bila dia melalui hidup dengan reda dan doa ibu bapa.

Reen, 33, turut berkongsi bapanya sangat risau jika dia terjebak dengan perkara tidak sepatutnya selepas bergelar anak seni.

Bila kakak tanya, amie (gelaran bapanya) jawab dia takut saya rosak, lupa diri. Dia takut saya terjebak dengan kegiatan negatif seperti apa yang dibaca dalam laporan berita dan majalah Mangga bahagian gosip tu.

Pemenang program Pilih Kasih itu juga turut akui walaupun dia merupakan anak mak, tetapi mak dan bapa juga perlu mendengar kemahuannya dan tidak ada siapa yang boleh menghalangnya untuk mencapai apa yang dia mahukan.

Reen Rahim

Alhamdulillah, saya sama je tak ada lah pula lupa diri. Acah-acah pakai barang mewah, tak boleh makan warung, nak lepak tempat mahal selalu dan berkawan dengan orang tertentu saja. Lambat lagi. Kisah pula aku dengan semua itu.

Bagaimanapun, keresahan bapa kepada pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu tidak menjadi penghalang untuk dia meneruskan niat bergelar anak seni memandangkan dirinya seorang yang tegas dalam mencapai apa yang dimahukannya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...