Isteri kepada penyanyi, Virgoun iaitu Inara Rusli mengakui mungkin dirinya juga mempunyai kesalahan yang menyebabkan kemusnahan rumah tangga mereka.
Inara berkata dia kurang berhias sepanjang perkahwinan mereka yang menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.
Bukan itu sahaja, isteri kepada penyanyi berasal dari Indonesia itu turut menyalahkan diri sendiri kerana sering memakai baju tidur dan purdah.
Awal-awal saya memang salahkan diri sendiri. Mungkin itu yang membuatkan dia kurang berminat dengan saya.
Dalam pada itu, Inara menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masa untuk berhias kerana sibuk menguruskan tiga anak mereka yang masih kecil.
Menyusukan dua orang anak pun sudah cukup penat.. inikan pula nak cari masa berhias.
Orang lelaki memang suka melihat kecantikan jadi saya tak salahkan dia juga.
Terdahulu, penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu didakwa pernah melanggan pelacur dan memaksa isterinya untuk melayani nafsunya ketika bulan Ramadan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.