Menerima pelbagai kecaman dan digelar penipu gara-gara menolak tawaran lakonan dalam filem Marvel, Raja Ilya tampil mempertahankan dirinya.
Menurut Raja Ilya beliau tidak mungkin akan mengumumkan sesuatu yang belum sah dan dengan tegasnya memberitahu beliau berjaya dalam sesi ujibakat.
Namun, sebagai seorang wanita Islam yang masih mempunyai maruah, beliau terpaksa menolak lakonan itu selepas membaca skrip kerana ada babak yang kurang sesuai dengan nilai agama.
Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi. Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat filem itu. Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar.
Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam. Sudah pasti saya tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu.
Walaupun tidak dapat muncul dalam filem Marvel, rezeki Raja Ilya tidak terhenti di situ. Beliau ada mendapat tawaran lain dan akan kembali ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.

anon sangat
April 6, 2018 at 2:00 pm
aku tgk raja ilya ni tetiba aku terbau kari. hahahahhahahahaha
Anonymous
April 6, 2018 at 1:05 pm
Hahaha
Kak beyonce
April 6, 2018 at 1:04 pm
Dan2 la nilai islam kau..aritu bkn ko nk ubah wajah bagai ke sbb nk belakon gn si kajol tu last2 kojol…jgn ckpp psl agama klau kau ubah ape yg tuhan bg….si botox
fifi
April 6, 2018 at 10:44 am
Udah2 le tu…asyik ckp nk berlakon kt obesi, kt malaysia pun tenggelam timbul. Baiklah tumpukan kt negara sendiri dulu. hihi…
Joyahsport
April 6, 2018 at 3:34 am
10 dosa besar:-
1) ngumpat, fitnah, ghibah
Yg lain cari sendiri