April 5th, 2018

Menerima pelbagai kecaman dan digelar penipu gara-gara menolak tawaran lakonan dalam filem Marvel, Raja Ilya tampil mempertahankan dirinya.

Menurut Raja Ilya beliau tidak mungkin akan mengumumkan sesuatu yang belum sah dan dengan tegasnya memberitahu beliau berjaya dalam sesi ujibakat.

Namun, sebagai seorang wanita Islam yang masih mempunyai maruah, beliau terpaksa menolak lakonan itu selepas membaca skrip kerana ada babak yang kurang sesuai dengan nilai agama.

Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi. Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat filem itu. Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar.

Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam. Sudah pasti saya tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu.

Walaupun tidak dapat muncul dalam filem Marvel, rezeki Raja Ilya tidak terhenti di situ. Beliau ada mendapat tawaran lain dan akan kembali ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Sumber Berita : Harian Metro


82 responses to “Saya Sah Dapat Tawaran Marvel Tapi Terpaksa Tolak Ada Babak Kurang Sesuai Dengan Nilai Islam – Raja Ilya”

  1. bawangbawang says:

    nanti tengokla keluar lagi berita dia dapat tawaran lain plak .maybe dia ni psycho kot….

  2. Ortodoks bawang says:

    Someone pergi lah tnye dngn org dalam marvel, ade tak si raja ilya ni join iv casting? HAHA

  3. Tetekkecik says:

    Tak dapat tu cakap je lah tak dapat.
    jangan nak mainkan isu agama pulak.
    Kita orang dah check dengan production kat sana, tak pernah pun depa bagi offer atau sahkan yang minah ni dapat tawaran berlakon.

  4. bwang says:

    mampus la ilya….penipu

  5. mine says:

    ada scene sex kot…yg kelakarnya die TAHU dia islam..die TAHU dia ade maruah…TAPI pakaian?

    muhasabah lah

Loading...