“Saya Risau Pelanggan Tak Selesa, Kelam Kabut..” – Kerana Kuasa Viral, Peniaga Kecil Tak Selesa Terlalu Ramai Pelanggan

Kehidupan

“Saya Risau Pelanggan Tak Selesa, Kelam Kabut..” – Kerana Kuasa Viral, Peniaga Kecil Tak Selesa Terlalu Ramai Pelanggan

Sering kali kita lihat peniaga-peniaga kecil yang berjaya mengembangkan perniagaan mereka kerana tular di media sosial. Namun, ada juga peniaga kecil yang kurang selesa dengan beban dan komitmen yang hadir ketika bisnisnya viral dan raih ramai pelanggan.

Mohon hapus video

Baru-baru ini, di Facebook, seorang pembantu gerai, Yayar B. Awang Noh meminta agar video tentang gerainya yang ditularkan oleh content creator itu dihapus. Menurutnya, kerana reviu makanan yang dimuat naik itu, gerai kecilnya telah menjadi tumpuan orang ramai.

Advertisement

Semalam gerai Yayar dikungjungi dan content creator telah buat satu video mempromosikan lokasi gerai Yayar di Facebook, Instagram dan TikTok.

 

Saya selaku pembantu pengurusan marketing untuk gerai kecil ingin memohon turunkan kembali video itu. Kami telah terima impak daripada video tersebut.

yayarSumber : Facebook  

Pelanggan di luar kawalan

Kata Yayar lagi, terdapat banyak faktor yang menyebabkan dirinya meminta agar video itu dihapus, antaranya adalah kerana kehadiran pelanggan yang terlampau ramai hinggakan situasi menjadi kelam kabut.

Menurutnya, dia khawatir juga pelanggannya tidak berpuas hati dengan layanan diberi. Yayar masih mengalu-alukan kehadiran content creator atau food review namun sebagai pelanggan sahaja.

Saya risau pelanggan tak selesa. Keadaan kelam kabut membuatkan Yayar tiada langsung saat untuk berinteraksi dengan pelanggan.

 

Tidak dinafikan, video itu dapat meramaikan lagi pelanggan, namun bukan pada gerai kami sehingga diluar jangkaan dan kawalan.

yayarSumber : Facebook  

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khairul Aming
1 year ago

"Ni Baru 'Penghasut' Yang Sebenar" - Penangan Reviu Khairul Aming, Gerai Cendol RM1 Diserbu, Untung Cecah RM10K!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...