“Saya Rindu” – Muka Mirip Rosyam Nor, Wanita Sebak Kongsi Cerita Bapa Hilang

Hiburan

“Saya Rindu” – Muka Mirip Rosyam Nor, Wanita Sebak Kongsi Cerita Bapa Hilang

Sebagai seorang anak, kehadiran ibu bapa merupakan perkara paling penting dalam hidup. Ibu bapa merupakan orang pertama yang memberikan kasih sayang tanpa sebarang syarat kepada anak-anaknya.

rosyam nor
3 years ago

"Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Guna Untuk Ngaji?" - Klip Rosyam Nor Ajar Staf Mengaji Tarik Perhatian Ramai

Advertisement

Malah, ibu bapa juga menjadi contoh terbaik yang akan menjadi ikutan anak. Meskipun begitu, tidak semua orang bertuah dapat merasai kasih sayang orang tuanya. Ada yang terpaksa melalui fasa kehilangan seawal usia kanak-kanak.

Seperti video viral yang dikongsikan pengguna TikTok noorhezleey, seorang wanita meluahkan rasa sebak ketika sesi live bersama pelakon, Datuk Rosyam Nor. Menurutnya, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berjumpa pelakon tersebut memandangkan rupanya yang mirip dengan bapa.

Lebih menyedihkan apabila wanita itu memberitahu bapanya sudah lama hilang dan dia tinggal bersama ibu serta enam adik beradik yang lain. Ketika ditanya sebab ayah hilang, wanita itu sendiri tidak mempunyai jawapan.

Datuk, muka Datuk macam muka abah saya. Saya rindu.

Ketika ditinggalkan, adiknya masih kecil. Sehingga ke hari ini, bapanya tidak pulang-pulang. Malah, dia turut hilang kata-kata sebaik dapat bercakap dengan Rosyam Nor yang selama ini memang menjadi impiannya.

rosyam nor

Saya teringin sangat nak jumpa Datuk sebab muka Datuk ‘sebijik’ macam abah saya.

Di ruangan komen, orang ramai menzahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa wanita ini. Mereka turut memberi cadangan untuk menularkan video sehingga bapanya ditemui jika masih hidup. Orang ramai berharap si bapa berkesempatan melihat video ini dan kembali bersatu dengan anak-anak.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...