Pelakon Uqasha Senrose tampil menjelaskan salah faham yang timbul selepas kenyataannya tentang luahan perasaan sebagai seorang ibu disalah tafsir oleh segelintir pihak di media sosial.
Menerusi ruangan komen di Instagram, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menegaskan bahawa dakwaan kononnya dia ‘burn out’ kerana menjaga anak adalah tidak benar sama sekali.
Saya meluahkan rasa rindu dekat anak. Ya Allah, kenapa orang cakap saya burn out jaga anak?
Saya burn out kerana saya perlu tinggalkan anak dan pergi kerja. Melihat dia menangis ketika saya keluar dari rumah membuatkan saya rasa berat hati.
Jelas pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu, dia hanya berasa sebak dan rindu setiap kali terpaksa meninggalkan anaknya untuk bekerja, namun tidak pernah menganggap membesarkan anak sebagai satu beban.
Saya siap mention, kalau ada satu hari cuti pun saya akan ketepikan perkara lain untuk luangkan masa dengan anak.
Sikit pun tak keluar dari mulut saya penat dan burn out jaga anak.
Saya burn out sebab saya ingat saya boleh kerja dan tinggalkan anak sekejap, tapi saya tak boleh.
Terdahulu, nama Uqasha dan suaminya, Kamal Adli, menjadi perhatian netizen selepas didakwa tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Spekulasi semakin hangat apabila Uqasha turut memuat naik hantaran berbentuk luahan hati yang dipercayai menggambarkan rasa kecewa terhadap seseorang yang rapat dengannya.
Untuk rekod, pasangan itu bernikah pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.