“Saya ‘Repost’ Bukan Nak Melagakan, Saya Hargai Yang Membela..” – Ramai Netizen ‘Back Up’ Di Instagram, Ini Respon Alyah

Hiburan

“Saya ‘Repost’ Bukan Nak Melagakan, Saya Hargai Yang Membela..” – Ramai Netizen ‘Back Up’ Di Instagram, Ini Respon Alyah

Ekoran kontroversi di antara penyanyi terkemuka Datin Alyah dan finalis All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Siti Nordiana itu, Alyah meminta agar peminat berhenti membangkitkan isu tersebut kerana dirinya tidak lagi mahu melihat perbalahan tersebut melarat.

Menurut Alyah di siaran langsung TikTok, dirinya akui tujuan dia memuat naik semula Instagram story netizen yang membela dirinya ketika dikritik oleh juri ASGV itu adalah kerana ingin menghargai mereka yang sanggup membelahi dirinya dan bukan untuk mengeruhkan keadaan.

Advertisement

Bila saya tengok orang berbalah saya rasa macam.. Allah, tolonglah jangan gaduh dekat media sosial. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan.

Saya repost bukan saya nak melagakan atau menyokong tapi saya sebab saya hargai anda semua yang membela saya dan saya rasa terharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Kisah Hati ini turut berkata dia tidak senang hati apabila melihat ada yang menindas dan ditidas hanya kerana perkara kecil ini. Baginya, jika ramai yang bergaduh, keadaan tidak akan semakin baik dan bila mula menjadi negatif, rezeki juga akan sempit, ujarnya.

Sebelum ini, viral di media sosial apabila Hetty Koes Endang menyatakan Siti Nordiana boleh menyanyikan lagu Kisah Hati lebih baik dari Alyah si penyanyi asal.

alyah
5 months ago

"Kami Saja Tahu Rasa Sakit Tu.." - Alyah Tidak Setuju Dibandingkan Dengan Siti Nordiana, Mohon Hargai Usaha Penyanyi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...