Gara-gara berkongsi aksi pertarungan bersama seorang jurulatih seni bela diri, ruangan komen Instagram penyanyi Elizabeth Tan dibanjiri komen-komen ‘dahaga’ netizen.
Difahamkan, posting berkenaan merupakan sesi latihan seni bela diri demi menjayakan watak yang dilakonkan dalam filem Abang Long Fadil 3 sebagai Ejen Alice.
Walau bagaimanapun, aksi lincah yang ditunjukkan oleh Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy itu membuatkan netizen berasa ‘teruja’ dan menawarkan diri untuk ‘dibelasah’ oleh pelantun lagu Setia berkenaan.
“Saya sanggup jadi jadi yang kena lipat tu…Please grip jangan lepas,” ujar seorang warganet.
“Nak jadi punching bag boleh ke?” kata seorang lagi pengguna Instagram.
Dalam pada itu, ada juga yang menawarkan diri untuk menjadi jurulatih kepada Lizzy.
“Aku pun boleh jadi trainer,” komen seorang netizen.
“Macam mana nak jadi coach?” ujar seorang pengikutnya.
Untuk maklumat, filem Abang Long Fadil 3 telah ditayangkan di pawagam pada 8 September lalu yang dibintangi oleh Zizan Razak, Johan, Maya Karin dan Datuk AC Mizal.