Kemunculan pelakon hebat, Faizal Hussein bersama anak perempuannya, Fazryn Faizal, di malam kemuncak sebuah anugerah hiburan pada malam semalam telah mencuri tumpuan ramai.
Momen manis mereka berjalan berpegangan tangan di karpet merah bukan sahaja mengundang perhatian kamera, malah menerima pujian melimpah daripada para peminat yang memuji kecantikan Fazryn.
Rata-rata netizen memuji penampilan Fazryn yang dikatakan mewarisi keanggunan ibu saudaranya dan neneknya, pelakon legenda, Allahyarham Mahyon Ismail.
Anak dia lawa betul… suka betul tengok.
Stail model. Anak dia ini dari kecil lagi memang dah lawa macam mak dia, pandai pula tu.
Untuk makluman, Fazryn merupakan bekas pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang.
Faizal Hussein mendirikan rumah tangga dengan Suhaila Sulaiman pada tahun 2004. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata yang bukan sahaja aktif tetapi juga cemerlang dalam bidang akademik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.