Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita sedih dimana anak kepada Bazli UNIC, Muhammad Syahid telah disahkan meninggal dunia akibat kanser limfoma. Seluruh netizen juga turut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada Bazli dan keluarga atas pemergian anak kecil itu.
Ketika ditemui pihak media, Bazli memberitahu beliau dan isteri sudah redha dengan pemergian anak mereka.
Saya redha dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan. Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti.
Arwah Muhammad Syahid disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Jenazah dimandi dan dikafankan di surau kuarters HKL sebelum di bawa balik ke kediaman Bazli di Sungai Buloh. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas solat Zohor.