April 28th, 2014

Akhirnya segala persoalan mengenai rumahtangga Adam AF dan Fiza Elite telah pun terjawab dengan penceraian yang telah sah berlaku tengah hari tadi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Lafaz cerai talak satu telah pun dilafazkan Adam di hadapan hakim dan penceraian mereka berlaku secara baik tanpa sebarang tuntutan. Sebelum ini, kedua-duanya menafikan bahawa rumahtangga mereka sedang dalam pergolakan.

adam af dan fiza cerai

Ketika perbicaraan berlangsung, Fiza telah memohon kepada mahkamah untuk agar mengarahkan para wartawan tidak berada di dalam ruang mahkamah kerana enggan kisah peribadinya bersama Adam didedahkan pihak media kepada umum. Fiza juga melahirkan rasa redhanya atas penceraian ini. Kata Fiza menerusi Mstar Online:-

Saya memohon agar kes kami dibicarakan tanpa wartawan atau pihak-pihak lain dalam ruang mahkamah ini. Ini adalah atas alasan saya seorang selebriti yang dikenali. Saya tidak mahu masyarakat tahu tentang hak peribadi kami

Saya anggap kami tiada jodoh. Siapa yang nak bercerai bukan? Tambah pula ini adalah perkahwinan saya yang kedua. Saya reda dengan ketentuan Allah.

adam dan fiza

Sesungguhnya tiada pasangan suami isteri yang mahu bercerai berai selepas membina mahligai perkahwinan. Mungkin jodoh Fiza dan Adam sampai di sini sahaja. Semoga ada pengajaran dan iktibar yang diambil oleh mereka dalam kejadian ini. Kalau kahwin sekali lagi, diharap ia agar bertahan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Men vs Mini di Putrajaya


Comments are closed.

Loading...