Perkahwinan Adira bersama Datuk Seri Adnan Abu sehingga kini masih lagi mendapat perhatian ramai. Ada yang masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa Adira rela hidup bermadu dan ada juga yang melabelkan beliau sebagai perampas kebahagiaan wanita lain.
Walaubagaimanapun, buat Adira setiap yang berlaku adalah takdir yang sudah tertulis buat dirinya dan mengakui redha untuk berkongsi kasih.
Masyarakat di luar sana saja yang memandang serong perkara ini, sedangkan yang melaluinya adalah saya. Saya sudah katakan yang perkara ini tidak perlu diperbesarkan sebab ia ketentuan jodoh. Apabila bercakap begitu, memanglah seperti nampak yang bercakap saja memang senang.
Dalam hidup, saya cuma mencari seorang lelaki yang boleh menerima ibu (Rujinah Sarungin) dan keluarga saya dengan baik. Sebab semua orang tidak sama dan boleh menerima keluarga yang susah seperti kami. Apa yang penting suami dapat menggembirakan ibu saya, itu sudah cukup.
Adira juga memberitahu beliau enggan lagi mengambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada dirinya.
Kalau pihak sebelah suami dan isteri pertama boleh menerima kehadiran saya dengan baik, mengapa tidak saya lakukan perkara serupa dengan mengabaikan cakap-cakap orang? Dalam erti kata lain, selaku orang ketiga, saya perlu banyak mengalah dalam hal ini. Biarlah saya dan keluarga saja yang tahu keadaan sebenar.
Bukan tidak pernah menolak lamaran Adnan hanya selepas dua kali bertentangan mata, tetapi akhirnya Adira mengalah kerana percaya jodoh beliau sudah tertulis bersama lelaki tersebut.
Walaupun berkongsi kasih, saya tetap redha dan berfikiran positif dengan aturan yang Tuhan tetapkan. Dia Maha Mengetahui segala apa yang kita tidak tahu. Mungkin kerana saya juga tidak mahu bercinta dan pintu hati sudah terbuka untuk berumah tangga, jadi perkara ini dipermudahkan.
Macam mana kita kritik Adira ia tetap tidak mampu mengubah apa-apa bukan? Bukan mudah untuk hidup bermadu tetapi sama-sama lah kita doa yang baik-baik sahaja buat keluarga ini. Erm..