Tular semalam di media sosial apabila Shuk Sahar dilaporkan telah diserang oleh seorang individu tidak dikenali ketika sedang berniaga air di tepi jalan bersama rakannya.
Namun, setelah video tersebut menjadi ‘viral’, ramai pula netizen yang mempersoalkan keaslian video tersebut di mana ada yang mendakwa ianya seolah-olah diadakan secara sengaja semata-mata untuk perhatian dan tujuan promosi.
Ditemui media, Shuk berkata dirinya reda meskipun dituduh sebagai penipu dan sengaja mencipta drama semata-mata untuk kembali relevan di mata peminat.
Dia yang sebelum ini terpalit beberapa kontroversi panas melibatkan hal rumah tangga sehingga mencetuskan kemarahan netizen sekaligus diberhentikan kerja sebagai penyampai radio Hot FM tampil memberi penjelasan.
Shuk tengah live dekat facebook gaming page dia jual air RM1, tiba-tiba… pic.twitter.com/F4vTGKpGfw
— ?????. (@ImranMohdBali) March 3, 2021
“Saya reda jika ada yang kata saya ini penipu dan sengaja buat drama sebab nak viral atau free marketing. Tidak ada yang saya nak komen lagi mengenai insiden tersebut, biarlah apa orang nak kata kerana apa yang saya tahu, saya sedang mencari rezeki yang halal.”
Tambahnya lagi, dia sedar pada ketika ini apa pun penjelasan yang keluar daripada mulutnya akan tetap dianggap salah oleh netizen.
Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Shuk berkata dia telahpun menerima permohonan maaf daripada individu tersebut menerusi mesej peribadi di Instagram (IG).
View this post on Instagram
Dia juga menjelaskan bahawa tiada niat daripada awalnya untuk membuat laporan polis meskipun didesak oleh rakan-rakan.
Terdahulu, Shuk telah memuat naik sebuah video di mana seorang pemuda telah menyerangnya dengan agresif dan menterbalikkan meja yang menempatkan dua tong air sehingga dia terpaksa menghentikan jualan.
View this post on Instagram
Perkembangan terkini, Shuk kini berniaga perusahaan kedai makanan dan minuman bertempat di Denai Alam difahamkan akan meneruskan perjuangan di pentas Muzikal Lawak Superstar yang akan disambung semula kelak setelah ditunda gara-gara PKP.