Selepas hampir dua minggu dimasukkan ke hospital, pelakon Zara Zya memberitahu dia akan menjalani pembedahan bagi membuang cyst dan fibroid pada pagi hari ini.
Terdapat banyak masalah kesihatan lain
Kenyataan itu dikongsikan di Instagram aktres ini yang menjelaskan dirinya juga akan memulakan rawatan bagi merawat sakit pada bahagian tulang belakang atau sindrom lumbar facet.
Esok (Jumaat) saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk buang cyst, fibroid dan suntikan sendi facet.
Pada awalnya saya hanya ingin membuat pemeriksaan untuk sakit arthritis tetapi bersangkutan pula dengan masalah serviks facet dan sindrom lumbar facet. Bukan itu sahaja, saya juga menghidapi cyst (Bosniak IV) pada bahagian buah pinggan kiri dan ada fibroid.
View this post on Instagram
Mohon maaf pada semua
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Risik Pada Hati itu juga mengambil kesempatan itu untuk memohon maaf kepada semua sebelum dirinya menjalani pembedahan tersebut. Zara juga meminta didoakan agar urusannya dipermudahkan.
Dengan rendah hati saya ingin mohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi. Sama ada kenal atau pun tidak.
Terima kasih pada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk maafkan saya ya. Ujian ini dari Allah SWT dan saya reda dengan semuanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, pada 27 Mei lalu Zara telah dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur selepas dikesan menghidap sindrom serviks facet dan sindrom lumbar facet.