Suami kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah, Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa dia reda dengan pemergian isteri kesayangan pagi tadi dan menerimanya sebagai takdir dan ketentuan daripada Ilahi.
h
Ujar Shuib, kini dia berdepan cabaran untuk memaklumkan pemergian Siti Sarah buat selama-lamanya itu kepada anak-anaknya di rumah.
View this post on Instagram
Shuib yang kini bergelar usahawan minuman Bubblebee itu turut memaklumkan bahawa sempat membuat panggilan video untuk kali terakhir bersama arwah yang pada ketika itu sedang nazak di hospital.
Saya reda dengan pemergian isteri saya dan menerima ketentuan Illahi. Cabaran saya cuma nak beritahu kepada anak-anak yang mereka sudah tak ada. Saya dapat buat panggilan video bersama anak-anak dengan bantuan jururawat dan doktor. Anak sempat melihat keadaan ibu mereka. Nampak juga air mata di pipi Sarah, dia macam faham apa yang saya dan anak-anak katakan pada masa itu.
Difahamkan, Shuib kini sedang menantikan urusan memandikan jenazah secara tayammum di Bilik Jenazah, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM).
Allayarhamah Siti Sarah akan disolat jenazah dan dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, tengah hari ini.
View this post on Instagram
Sarah meninggalkan empat orang anak, Uwais Alqarni,10, Dzahira Talita zahra,8, Ariq Matin,6, dan Ayash Affan yang baru sahaja dilahirkan pada 6 Ogos lalu.
“Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayyash Affan. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata, Allah lebih menyayanginya.” ujar Shuib sedih.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.