Pelakon jelita, Atikah Suhaime memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang pada 21 Januari tahun hadapan di Kuala Lumpur.
Atikah dan kekasih, Lokman kini sedang dalam proses menyiapkan dokumentasi memandangkan perkahwinan tersebut melibatkan dua negara.
Setakat ini semua dah bersiap sedia termasuklah untuk pakaian dan pemilihan solekan. Cuma yang tinggal adalah dokumentasi memandangkan perkahwinan kami membabitkan dua negara.
Sebenarnya, kami rancang majlis ini di saat akhir juga dan kami pun baru bertunang bulan lalu. Jadi, sekarang nak selesaikan perkara berkaitan dokumentasi saja.
Ujar Atikah, tunangnya itu memberikan ketenangan dari segi mental, stabil dari segi kehidupan serta setiap sudut.
Saya tertarik dengan Lokman sebab saya rasa tenang bila ada dengan dia. Berbanding dengan yang lain, dia adalah pilihan terbaik.
Dia berikan ketenangan dari segi mental, stabil dari segi kehidupan dan saya boleh nampak masa depan saya dengan dia. Selain itu, dia juga seorang yang bertanggungjawab.
Sementara itu, Lokman berkata dia tidak akan menghalang karier bakal isterinya jika masih ingin terus berlakon meskipun sudah mendirikan rumah tangga.
Yang pasti, selepas ini kami akan fokus juga untuk membina keluarga. Jadi mohon doakan kami.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.