“Saya Rasa Penyanyi Nombor Satu Bukan Dia…”- Hatta Dolmat Terima Kecaman Daripada Peminat Siti Nurhaliza

Hiburan

“Saya Rasa Penyanyi Nombor Satu Bukan Dia…”- Hatta Dolmat Terima Kecaman Daripada Peminat Siti Nurhaliza

Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat kelmarin telah dikecam hebat netizen yang terdiri daripada peminat Siti Nurhaliza apabila didakwa bersikap seperti ‘lalang’ kerana tidak mengakui lagi penyanyi tersohor negara itu sebagai penyanyi nombor satu negara.

Dia yang tampil membandingkan Siti Nurhaliza yang kini terkenal di mata antarabangsa, Yuna Zarai berkata bahawa gelaran penyanyi ‘nombor satu’ itu patut diberikan kepada Yuna, bukannya Siti.

Advertisement
Hatta DolmatSumber : Twitter Hatta Dolmat  

“Yuna terpampang di Billboard Times Square, New York. Sementara ramai rakyat Malaysia di sini kata penyanyi nombor satu negara ialah.. Saya rasa penyanyi nombor satu bukan dia..tapi..” tulisnya di ruangan Twitter.

Sehubungan dengan itu, warga maya merasakan Hatta seperti kacang lupakan kulit kerana sebelum ini dia pernah memuji penyanyi itu sebagai penyanyi bernombor negara.

View this post on Instagram

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_)

Kata netizen, Siti yang kini terpalit kontroversi tidak mematuhi SOP ketika penganjuran majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa seolah-olah dinafikan segala sumbangannya dalam industri hiburan negara.

“Masa dirimu tengah harum, semua pakat kerumum, himpit. Tumpang selagi boleh. Ketika dirimu dihimpit isu, dikecam keji, masing-masing dah tunjuk perangai..” tulis seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Siti telah membuat permohonan maaf dan telah menafikan segala dakwaan berkaitan rentas negeri, namun dia terus dikecam netizen apabila telah memuat naik status Insta Story berbaur sindiran di mana dia merasa bersyukur kerana dapat mengumpul banyak pahala kerana dikecam netizen akibat daripada tindakannya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...