“Saya Rasa Orang Harus Stop Posting Sayang Lembu, Lepas Itu Korbankan” – Atikah Suhaime Mohon Maaf, Akui Masih Banyak Perlu Dipelajari

Hiburan

“Saya Rasa Orang Harus Stop Posting Sayang Lembu, Lepas Itu Korbankan” – Atikah Suhaime Mohon Maaf, Akui Masih Banyak Perlu Dipelajari

Hantaran pelakon Atikah Suhaime di Instagram story menjadi bualan netizen di media sosial selepas dia mempersoal tindakan seseorang mengorbankan haiwan yang disayangi.

Difahamkan, ia berkaitan foto yang tular sebelum ini memaparkan seorang lelaki bersama lembu kesayangannya sebelum haiwan itu dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha.

Advertisement

thanuja off ruangan komen
2 hours ago

Teruk Dikecam Selepas Tak Sanggup Tengok Video Lembu Dikorban, Thanuja 'Off' Ruangan Komen?

Kata Atikah, konten yang tular tersebut membuatkan dia sayu dan menangis ketika menyambut Aidiladha baru-baru ini.

Saya tak faham, kalau sayang binatang itu, janganlah korbankan dia. Korbankan sahaja lembu atau kambing yang lain. Maaf mungkin ilmu saya tak banyak tapi apa tujuan muat naik itu semua dan buat saya menangis sepanjang raya korban ini.

Atikah Suhaime

Atikah turut mempersoalkan jika daging korban tersebut boleh dimakan atau tidak sekiranya pemilik haiwan mempunyai rasa kasihan.

Aktres tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi ilmu menerusi direct message dan akui masih banyak yang perlu dipelajarinya.

Cuma saya rasa orang harus berhenti muat naik konten sedih sayang lembu atau kambing kemudian jadi korban sebab terasa kejam di mata orang yang kurang ilmu seperti saya.

IG story Atikah Suhaime

Perkongsian Atikah itu menjadi bualan sesetengah netizen di media sosial di mana ada yang mengkritiknya namun ramai berkata orang lain yang salah faham dengan apa dipersoalnya.

komen netizen di Threads

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...