Marissa dan Aslam kembali menjadi tumpuan apabila pelakon, Abby Abadi mendedahkan menantunya hanya bekerja sebagai pemandu e-hailing.
Katanya pekerjaan yang dimiliki oleh Aslam menjadi tunjang bagi menampung kehidupan bersama.
Aslam kerja Grab dan berniaga
Menurut mStar, Abby hanya mendoakan yang terbaik kerana percaya anak dan menantunya pandai mencari rezeki.
Saya tiada peluang lagi nak bersembang tapi apa yang saya tahu Aslam bawa Grab dan masing-masing pun berniaga. Jadi doakan sahaja yang baik dan saya rasa mereka ada masa depan yang baik.
Tambahnya, sebagai seorang ibu, dia masih bingung dengan keputusan Marissa mahu hidup berpoligami.
Bukan tak terima takdir, tapi…
Ujar Abby lagi, dia bukan tidak menerima takdir namun masih tidak percaya bahawa anak perempuannya itu sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua.
Saya bukan orang yang boleh hidup berpoligami dan sebab itu apa berlaku dulu saya pilih bercerai sebab tak sanggup berkongsi. Saya pun tak tahu kenapa anak saya pilih untuk bergelar isteri kedua.
Abby juga berpendapat netizen tidak patut menyalahkan Marissa sahaja dalam hal ini. Menurutnya, dia tidak pernah menyalahkan Memey apabila bekas suaminya, Norman Hakim berlaku curang.
Saya akui anak saya buat kesilapan besar tapi bukan salah dia seorang.