Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B yang kini menyertai program Muzikal Lawak Superstar 2 mengakui dia sedar tentang kritikan netizen terhadap penampilan serta gayanya.
View this post on Instagram
Kata Cik B, dia sama sekali tidak kisah sekiranya komen serta kritikan negatif daripada netizen itu ditujukan buatnya namun bimbang mengenai terhadap penerimaan ibu.
Ujar anak perempuan Vida ini lagi, dia sering kali memikirkan mengenai perasaan ibunya jika melihat komen-komen negatif yang dilemparkan netizen terhadap dirinya.
View this post on Instagram
“Saya malulah kalau kena kecam ni, bukan malu dekat diri sendiri tapi rasa malu kalau mak saya tengok. Rasa macam kesian la kalau mak saya tengok komen orang cakap pasal saya. Apa perasaan mama jadi mak saya. Mak saya mestilah akan terasa hati..”
Perkara itu diluahkan Cik B menerusi segmen temu bual program Lanchang Bethol yang disiarkan di Instagram Astro Gempak.
Saksikan temu bual penuh di pautan Instagram di bawah.
View this post on Instagram