Baru-baru ini penyanyi legend, Datuk Awie tampil mendedahkan dirinya pernah diserang kanser buah pinggang tahap awal tiga tahun yang lalu hingga terpaksa menjalani pembedahan.
Terima berita buruk
Menurut Awie, dirinya tergamam ketika mendapat berita buruk tentang kondisinya daripada doktor yang merawatnya ketika itu. Katanya, kanser itu dapat dikesan di tahap awal kerana doktornya yang mengenal pasti ada tumor meragukan pada buah pinggangnya.
Saya ada problem di bahagian buah pinggang, ada tumor dan doktor sahkan itu adalah kanser tapi Alhamdulillah dikesan lebih awal.
Masa nak maklumkan kepada saya, doktor pun macam tergagap-gagap, dia kata, ‘this is very suspicious’ dan cakap satu buah pinggang saya perlu dibuang kerana ada tumor.
Bila saya dengar ja dia kata macam itu saya rasa macam ‘waktu’ saya dah nak habis.
View this post on Instagram
Enggan buat pembedahan
Tambah penyanyi lagu Sejati ini, pada awalnya dia merasa berbelah bahagi ketika disarankan untuk melalui pembedahan bagi membuang organ buah pinggangnya bagi mengelakkan dari merebak.
Kata Awie, dia meminta masa untuk berfikir tentang keputusan tersebut namun doktornya menyarankan penyanyi ini untuk mendapat bantuan doktor lain yang lebih pakar dalam penyakit tersebut dan akhirnya dia setuju untuk menjalankan pembedahan.
Memang saya termenung agak lama selepas disarankan kena buang buah pinggang yang terjejas dan minta bagi saya peluang fikirkan ikhtiar lain.
Dia pun suruh saya pergi satu hospital ini dan recommend kan saya dengan seorang doktor pakar. Doktor pakar itu pun maklumkan pada saya bahawa peratusan saya menghidap kanser adalah sebanyak 95 peratus.
Empat bulan selepas itu baru saya buat keputusan untuk buat pembedahan. Isteri saya pun selalu pujuk untuk buat jadi saya pun setuju untuk teruskan.
@kool101my 📲 @MY HAIZA @HeyMuaz @Sayap2WINGS #Kool101 #PagiOnPoint #CloseUp #Awie #awiewings #kanser ♬ original sound – Kool 101
Difahamkan pembedahan tersebut berjaya membuang tumor sepanjang 2.7 sentimeter dan buah pinggangnya tidak perlu dibuang. Namun begitu, penyanyi ini tetap memerlukan pemeriksaan berkala dari masa ke masa.