“Saya Rasa Lebih Yakin” – Zizie Izette Tayang Bentuk Badan Hasil ‘Work Out’, Puas Hati Dapat ‘Body Goals’

Hiburan

“Saya Rasa Lebih Yakin” – Zizie Izette Tayang Bentuk Badan Hasil ‘Work Out’, Puas Hati Dapat ‘Body Goals’

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette memaklumkan bahawa dia kini lebih yakin dengan diri sendiri selepas berjaya mencapai bentuk badan yang diidamkan.

Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette binti Abdul Samad berkata dia berpuas hati dengan hasil senaman atau ‘workout’ bersama jurulatih peribadinya.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 44 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada jurulatih peribadinya, Gigi Couzin yang banyak memberi tunjuk ajar sehingga mendapat bentuk badan ideal.

Penghargaan kepada jurulatih peribadi saya sebab membawa saya ke tahap ini! Kamu telah membawa saya ke peringkat seterusnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Zizie dilihat menggayakan pakaian senaman sambil menunjukkan hasil bentuk badannya.

Bukan sahaja dalam bentuk fizikal lebih baik, tetapi saya juga berasa lebih yakin tentang diri saya sendiri. Terima kasih atas bimbingan ke arah matlamat saya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis telah memuji bentuk badan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu.

Malah, ramai juga pengikut yang mengagumi bentuk badannya yang ‘fit’ dan ‘hot’ walaupun sudah menjadi ibu kepada tiga orang cahaya mata.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengecam Zizie kerana menayang bentuk tubuh badannya kepada umum, tidak kurang juga yang meluahkan rasa ‘geli’ melihatnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

11 months ago

"Saje Jer Nak Meeting Tepi Tangga" - Aliff Syukri Jalin Kerjasama Dengan 'Skandal' View Chin, Netizen Pakat 'Unfollow'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...