Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Rasa Kalau Buka Tudung Boleh Masuk Neraka – Che Ta

Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita dimana beberapa artis tidak dapat tahan dengan dugaan dan membuat keputusan untuk membuka tudung selepas bertahun lamanya berhijab. Alasan yang mereka berikan, tidak mahu hipokrit dan iman tidak kuat.

Advertisement

Bagaimanapun, buat pelakon Rozita Che Wan, beliau tidak akan sesekali membuka tudung. Tidak dapat beliau bayangkan segala seksaan dan azab yang akan perlu ditanggung di akhirat kelak. Namun, kenyataan beliau itu bukanlan ditujukan kepada mana-mana artis tetapi sebagai peringatan untuk dirinya sendiri.

Saya rasa kalau buka tudung boleh terus masuk neraka. Itu untuk diri saya. Siapalah kita untuk menghukum manusia lain.

Kita tak boleh hukum dia tu dugaan dia (yang buka tudung) dengan Allah. Kena doa Allah bagi dia rahmat dan hidayah. Kita doa yang terbaik untuk dia

Pada masa yang sama, Che Ta mendedahkan beberapa tips beliau sentiasa istiqamah dalam mengenakan hijab. Menurut Che Ta, beliau menukar cara hidupnya dan mendampingi mereka yang membawa aura positif. Lingakaran rakan-rakan itu penting agar dapat kekal istiqamah.

Bila nak hijrah, tukar circle of friends (lingkaran rakan-rakan) supaya kekal istiqamah. Kita ini kalau nak ikut benda tak elok tu memang cepat. Alhamdulillah adik-beradik semua pakai tudung. Apabila ada masa berkumpul dengan adik-beradik lain kami akan bincang pasal agama.

Jika nak like gambar orang tak pakai tudung pun haram. Sebab tu kalau nak muat naik gambar wanita tak bertudung, saya pakaikan dia tudung.

Kami juga doakan agar Che Ta sentiasa dikuatkan hati dan iman untuk kekal menutup aurat selama-lamanya. Boleh menjadi contoh buat ramai wanita di luar sana.

Sumber Berita : Malaysiakini

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 Comments

  1. Get real

    May 2, 2019 at 9:39 pm

    Bukan pkai or tak pkai tudung tu sebab masuk neraka atau syurga. Sma juga ibadah lain, belum tentu sebab utama utk ke jannah. TAPI, it is the BLESSING OF ALLAH yg menentukan kita ke jannah. Segala ibadah dan sunnah yg dibuat adalah supaya kita dpt blessing tu. Blessing is rahmat dari Allah. So jgn kita ingat kita ni buat yg basic spt solat and puasa dah confirm kita masuk syurga. Kalau solat pun x ikut sunnah, buat pun ada ada tidak, puasa tapi mulut dan mata x jaga, or bertudung tapi dok tonjol2 muka utk harap org puji atau jantan lain dok tengok, agak2 nasib kita mcmane? Kadang2 ada yg jahat tapi tetiba niat nak bertaubat dgn ikhlas and dia mati, tapi sebabkan niat tu ikhlas Allah tempatkn dia di syurga hanya krn niat yg ikhlas…ok sama2 kita tanya diri kita dan perbaiki semana boleh inshaAllah

  2. naza

    May 2, 2019 at 7:51 pm

    Diam la che ta… masa dulu ko g telend pakai seluar pendek had peha ko bangga lak.. lebih baik diam2 je kumpul pahala tu kalu betol dh berubah

  3. Anonymous

    May 2, 2019 at 5:27 pm

    Menutup aurat tersangat bagus. Tapi ia bukanlah penentu segalanya. Hubungan sesama manusia pun harus dijaga :)

  4. abc123

    May 2, 2019 at 4:24 pm

    buka tudung memanglah berdosa. tp..bila dh bertudung biarlah dengan sempurna. jgn di bhgn belakang ja labuh, di depan menampakan bhgn dada. x semestinya buka tudung masuk neraka. berpakaian yang menjolok mata pun sama jg hukumnya. dosa tetap berdosa.

  5. lala

    May 2, 2019 at 3:07 pm

    Seandainya Umno menang pd PRU14; banyak rahsia akn tertutup rapat?? Sebenarnya byk lg kes belum di buka termasuk kes MARA. Apakah rakyat msh buta terhadap apa yang berlaku? Byk mana lg duit negara hendak di korbankan kpd pemimpin rasuah Umno seandai Umno di beri mandat untuk memerintah?? Kita harus bersyukur bila PH dapat memerintah negara ini. Semua tembelang terbongkar satu persatu. eeee..yukk.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top