Sedia maklum, pelawak Afdlin Shauki beberapa hari yang lalu telah dikecam oleh netizen kerana tidak bersetuju kelab komedi yang kini menjadi bualan orang ramai ditutup buat sementara waktu.
Namun, melalui hantaran terbaru yang dilakukan oleh Afdlin di Instagram, beliau seperti sudah tukar fikiran dengan bersetuju untuk menutup kelab komedi kerana tidak mahu pentas tersebut menjadi tempat menghina agama Islam.
Disebabkan itu, dia dengan sekerasnya bersetuju untuk tidak menyokong lagi Crackhouse Comedy Club.
View this post on Instagram
Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang di banggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club!
Menurutnya lagi, sebelum ini dia cuba untuk mempertahankan kelab komedi berkenaan kerana enggan menutup periuk nasi pelawak-pelawak yang berkualiti serta tidak menghina mana-mana pihak ataupun agama.
Dalam pada itu, Afdlin cuba memberi cadangan agar pelawak-pelawak yang sering membuat stand-up comedy di pentas tersebut untuk mencari alternatif lain buat masa ini.
Tambahannya lagi, pelawak veteran itu turut mendoakan agar pelawak-pelawak yang terkesan mempunyai rezeki di tempat lain dan bertegas agar kelab komedi itu tidak dibuka semula.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.