Penyanyi terkenal berasal dari negara seberang iaitu Rossa mengakui solidariti rakyat Malaysia dalam menyokong Palestin lebih tegar berbanding rakyat Indonesia.
Dapat rasa impak boikot
Menurut penyanyi terkemuka ini, dia mengakui impak budaya boikot yang dilancarkan oleh rakyat Malaysia amat memberi kesan. Contohnya dalam gerakan Blockout 2024 yang tular baru-baru ni.
Tambah Rossa, dia berpendapat mungkin rakyat negaranya telalu ramai dan mempunyai pelbagai pemikiran dan pendapat masing-masing dalam hal yang melibatkan isu berkenaan.
Sebenarnya gerakan boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia. Saya merasakan impak blockout itu hanya di Malaysia.
Mungkin kerana di Indonesia negaranya besar jadi, ada sebahagian masyarakat mempunyai pemikiran masing-masing tapi ianya tidak mengurangkan rasa solidariti terhadap Palestin.
View this post on Instagram
Tidak promosi produk jenama Israel
Dalam masa yang sama, Rossa turut menyatakan pendiriannya mengenai hal memboikot ini. Katanya, dia kini mencuba untuk tidak mempromosikan mana-mana produk atau jenama yang mempunyai kaitan dengan Zionis.
Saya tidak mempromosi barangan jenama pro Israel. Dia sebenarnya bergantung juga, kalau untuk tujuan kerja dan selagi ia bukan hard sell, mungkin saya tidak kisah untuk terlibat menghadiri acara mereka.
View this post on Instagram
Sekadar info, gerakan Blockout 2024 ini dimulakan oleh pengguna media sosial bagi menggesa netizen menyekat dan tak menyokong artis-artis atau influencer yang bekerjasama dengan jenama yang tak menyokong Palestin.