Sebelum ini, tular mengenai foto sebuah kereta Volkswagen Bettle putih yang disimbah sisa makanan dari paip yang bocor ketika parkir di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.
Tuan punya kereta, Eyera memaklumkan dia berasa terkejut melihatkan paip bocor itu mengeluarkan air mencurah-curah atas keretanya.
Pihak pengurusan pusat membeli belah itu kemudian meminta Eyera untuk mengisi borang aduan dan wakil ‘mall’ tersebut cuba memasuki kereta untuk dibawa ke pusat cucian kereta.
Disebabkan tindakan membuka pintu kereta itu jugalah, mungkin ada percikan air yang masuk sampaikan kereta saya berbau masam sampai sekarang.
Kata Eyera, paip air yang bocor itu merupakan saluran paip sisa makanan sebuah restoran di ‘mall’ itu, dan bukannya paip kumbahan seperti yang ditularkan sebelum iini.
Maklumnya lagi, pihak pengurusan hanya bertindak memberikan respon setelah videonya ‘viral’ di media sosial.
Buat masa sekarang, ia masih dalam proses perbincangan dan kita tunggulah apa pihak pengurusan boleh buat.Saya tak minta apa-apa lagi.
Mereka ada tawarkan nak bagi saya servis cuci kereta secara percuma selama satu tahun. Tapi saya tinggal di Damansara, takkanlah saya nak pergi ke pusat beli belah itu semata-mata untuk basuh kereta. Nak kena bayar parkir lagi.
Lepastu berapa banyak kali pula saya nak basuh kereta dalam satu tahun tu, jadi saya rasa tak adil.
Susulan kes itu, Eyera berkata dia berasa trauma sebaliknya kini lebih memilih untuk menaiki teksi atau e-hailing sahaja.
“Saya sudah maklumkan pada kawan-kawan saya yang saya hanya akan naik grab, tak nak drive. Rasa tak nak masuk dah parking sana.” ujarnya lagi.
Sementara itu, pihak pengurusan ‘mall’ terbabit tampil memberi respon mengenai isu tersebut dan memaklumkan bahawa pihak mereka telah segera memindahkan kenderaan mangsa daripada kawasan terjejas.
Kawasan paip pecah itu juga difahamkan telah ditutup untuk dibaiki manakala kereta mangsa juga telah dibersihkan secara ‘deep cleaning’ dan disanitasi. Perkhidmatan cuci kereta secara percuma turut ditawarkan buat mangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.