“Saya Rasa Ia Keputusan Yang Tepat” – Anak Biduanita Sharifah Aini Tampil Perjelas Isu Jual Rumah Di Petaling Jaya

Hiburan

“Saya Rasa Ia Keputusan Yang Tepat” – Anak Biduanita Sharifah Aini Tampil Perjelas Isu Jual Rumah Di Petaling Jaya

Kecoh sebelum ini apabila beberapa media melaporkan bahawa kediaman Allahyarhamah Sharifah Aini yang terletak di Petaling Jaya telah dirobohkan.

Rumah agam itu yang sebelum ini diiklankan untuk dijual dengan nilai RM8 juta sekitar tahun 2018 yang lalu di Facebook.

Advertisement

Rumah Sharifah AIni dirobohkan

Menurut anak Allahyarhamah, Aliff Omar Ali, tindakan untuk menjual kediaman itu dirasakan tepat dan telah pun selesai.

Walaupun saya sedih, saya rasa itu adalah keputusan yang betul untuk dilakukan.

Perkara ini telah selesai dan saya berharap semua orang memahami keputusan saya.

Aliff dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang masih mengingati arwah ibunya itu.

Aliff Omar Ali dan Sharifah Aini

Terima kasih atas perhatian dan kerana masih mengingat ibu saya yang telah lama meninggal dunia.

Difahamkan, kediaman itu sudah diratakan dan pemilik baharu bakal mengusahakan bangunan tiga tingkat di tanah asal tersebut yang dibeli dengan harga kira-kira RM4 juta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

9 Bilik Tidur, 7 Bilik Air & Perpustakaan Hanya Tinggal Kenangan, Rumah Agam Sharifah Aini Dirobohkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...