Selepas bekas suami yang juga merupakan penyampai radio iaitu Fizi Ali meluahkan rasa marah semalam, pelakon Shakilla Khoriri mengambil langkah untuk tidak mengulaskan isu terbabit lebih lanjut.
Apabila pihak Gempak bertanya kepada Shakilla mengenai hubungannya bersama Fizi, wanita itu berkata semuanya berada dalam keadaan yang baik saja.
Saya tak tahu pasal status dia (Fizi). Mungkin boleh tanya dia sendiri.
View this post on Instagram
Memetik dari laporan pihak Gempak, mereka hanya menghubungi Shakilla menerusi aplikasi mesej WhatsApp.
Sebelum ini, heboh apabila Fizi memuat naik status meluahkan rasa tidak puas hati yang didakwa untuk ibu kepada anaknya dan di dalam status berkenaan, dia menghormati Shakilla dan tidak membuka sebarang cerita mengenai rumah tangga selepas berpisah.