Sejak mengenakan hijab sepenuhnya, Fathia Latiff akui beliau merasa lebih seronok dan gembira. Malah, Fathia merasakan dirinya lebih dihormati oleh orang sekelilingnya.
Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi best sangat. Saya pun pakai tudung ini bukan sebab orang tapi sebab Allah. Cuma nikmatnya sukar diungkap dengan kata-kata.
Lepas saya bertudung, banyak betul Allah bagi rezeki. Malah saya dapat juga kebahagiaan dan ketenangan. Itulah yang saya rasa selepas tutup aurat.
Buat Fathia, dengan menutup aurat sepenuhnya ia juga mengajar beliau untuk tidak melakukan perkara-perkara yang tidak elok serta dapat menjaga adabnya.
Dengan cara bertudung inilah yang mengajar saya supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tak elok. Banyak kelebihan pakai tudung ini sebenarnya lebih-lebih lagi dalam soal menjaga adab.
Alhamdullilah, tenang nampaknya kehidupan Fathia sekarang, inshaAllah kalau niat kita memang sudah ingin berubah ke arah yang lebih baik pasti ia akan dipermudahkan.