Baru-baru ini si wanita yang ditangkap khalwat bersama Shah Jaszle muncul menerusi rancangan Melodi. Tujuan si wanita misteri ini ialah untuk menafikan dirinya memerangkap Shah Jaszle supaya ditangkap khalwat dengannya. Beberapa SMS turut sama ditunjukkan oleh wanita ini sebagai tanda kemesraan hubungan mereka.
Hari ini menerusi Berita Harian, Shah Jaszle menyatakan yang wanita itu seorang psiko dan sengaja mahu memutuskan hubungan pertunangannya dengan Redzwani Puteri. Kata Shah Jaszle:-
Saya rasa dia psiko. Dia sengaja mahu memutuskan hubungan saya dengan tunang, Redzwani Puteri. Sebelum kes khalwat ini, memang dia ada berjumpa dengan tunang saya, untuk mendedahkan mengenai hubungan yang kononnya wujud antara kami. Tetapi, tunang saya tidak layan, malah tidak juga melatah. Mungkin kerana masih gagal memisahkan kami, dia menggunakan cara lain pula untuk memburukkan lagi keadaan. Memang saya sangat terkejut dengan tindakannya dan ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan saya pada kerja. Mujur tunang saya memahami dan mengenali siapa saya.
Shah Jaszle mengenali wanita tersebut ketika penggambaran drama Lembayung Kasih. Wanita itu merupakan seorang kru dan pelakon tambahan. Perkenalan mereka hanya selama 3 minggu sahaja. Kata Shah Jaszle lagi:-
Kami kenal tiga minggu saja, jadi bagaimana dia boleh mendakwa kami mempunyai hubungan istimewa? Dia mengeluarkan gambar kami berdua, seolah-olah hendak membuktikan kami mempunyai hubungan intim. Memang saya mengaku itu gambar saya, tetapi ia diambil sewaktu di lokasi penggambaran.
Menurut Shah Jaszle lagi, dia akan mengemukakan kesemua bukti yang ada kelak. Katanya lagi:-
Saya akan mengemukakan semua bukti, termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur paksaan yang dihantar kepada saya. Dia hanya menunjukkan sebahagian SMS saja, tetapi kenapa tidak kemukakan semua sekali apa yang dihantar kepada saya? Lagipun apa bukti menunjukkan saya penghantar SMS itu, sedangkan tiada nombor yang tertera pada paparan skrin telefon? Sepatutnya saya dan peguam mahu memberikan fokus pada kes khalwat, tetapi nampaknya wanita itu bertindak melampau.
Ada benarnya juga kata Shah Jaszle itu kan? Mungkin wanita misteri itu boleh upah sesiapa untuk berSMS manja dengannya. Hmmmmmm. Agak melampau juga sekiranya itu benar. Semoga hubungan Shah Jaszle dan tunang tidak terganggu kerana kehadiran wanita ini. Sama-sama kita nantikan perbicaraan kes ini kelak.