Penyanyi Aliff Aziz yang merupakan salah seorang dari barisan peserta di program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) telah tersingkir pada malam Ahad yang merupakan minggu suku akhir pertandingan tersebut.
Ketua juri ASGV, Datuk Ramli MS atau digelar Tok Ram telah diwawancara dan ditanya berkenaan dengan pengingkiran peserta berkenaan. Dirinya berkata persembahan Aliff kurang memuaskan malam ini kerana terlihat seperti hilang fokus. Tambahnya itulah yang dapat dilihatnya semasa persembahan penyanyi itu dan mungkin menjadi punca penyingkiran Aliff.
Saya rasa dia ada masalah, saya tak pernah nampak dia menyanyi dengan begitu banyak silap sebelum ini.
Dia macam hilang fokus. Anda kena faham kalau ada kesalahan begitu, orang lain akan lebih menyerlah.
View this post on Instagram
Ulas Tok Ram lagi, Aliff Aziz yang menyanyikan lagu Cindai dan Gambus Jodoh pada malam Ahad itu tidak sebaik ketika rehearsal. Pada masa yang sama, Tok Ram juga berpendapat bahawa kesilapan yang dilakukan oleh Aliff itu terlalu ketara dan hal tersebut menyebabkan dirinya tertinggal jauh jika dibandingkan dengan peserta yang lain.
Bukan itu sahaja, ketika ditanya perbandingan persembahan Aliff dengan Liza Hanim, juri ini berkata dia masih boleh nampak potensi di diri Liza dan dia juga lihat kestabilan dari segi teknikal pada penyanyi berkenaan. Ujar Tok Ram, Liza Hanim masih berjaya menyampaikan persembahan yang baik secara keseluruhan.
Selain itu kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.