Penyanyi, Nourul Depp sekali lagi berkongsi dengan netizen tentang luahan hatinya sebagai seorang ibu.
Menerusi akaun TikToknya, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berkata, dia menyesal kerana terlalu fokus kepada seseorang sehingga menjejaskan emosinya terhadap keluarga.
Saya rasa bersalah pada diri saya sebab, kerana fokus pada yang satu ini ia telah membuatkan diri saya berasa down.
Sampai saya berkasar dengan tiga lagi anak-anak saya, disebabkan perasaan marah.
Penyanyi itu kemudian berubah dan memohon ampun kepada Allah SWT.
Terus saya berubah 360. Saya kata pada Allah, Ya Allah maafkan saya, saya tak perasan.
Saya terlampau marah, terlampau berkecil hati, terlampau sakit hati dan terlampau fokus pada yang satu sehingga lupa ada nikmat dan rahmat Mu dalam hidup ini yang perlu saya fokus.
Penyanyi itu turut berkata, suaminya juga turut terkesan dengan perkara tersebut.
Pandangan Eric di dalam hal ini, dia kecewa sangat sebab dia sayang Ayu macam anak dia sendiri. Dia turut menangis apabila melihat saya menangis.
@nouruldepp1 #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE ♬ original sound – NOURULDEPP
Sekadar info tambahan, Nourul pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Ajai dan Ayu merupakan zuriat hasil perkahwinan mereka. Mereka berpisah pada tahun 2007.
Kemudian, Nourul mendirikan rumah tangga bersama Eric Daniel Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.