“Saya Rasa Benda Tu Cute” – Berlakon Babak Bersentuhan, Sharifah Rose Tak Mahu Penonton Rasa Hambar

Hiburan

“Saya Rasa Benda Tu Cute” – Berlakon Babak Bersentuhan, Sharifah Rose Tak Mahu Penonton Rasa Hambar

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Sharifah Rose sekali lagi menerima kecaman daripada netizen gara-gara aksi mesranya bersama pelakon Nabil Aqil dalam drama Ku Punya Hati.

Dakwa netizen, aksi bersentuhan antara Sharifah Rose dengan Nabil dianggap kurang sopan tambahan pula aktres itu memakai hijab.

Advertisement

Namun kata Rose kepada mStar, dia memaklumkan bahawa babak mesra itu dilakukan atas persetujuan bersama.

Setiap aksi yang dibuat adalah atas persetujuan semua pihak dan benda yang kecil-kecil (bersentuhan) tu kita okay jelah.

Tambahnya lagi, babak seperti aksi mencabut uban itu dilakukan bagi mencipta suasana romantis antara suami isteri agar tidak kelihatan hambar di mata penonton.

Untuk babak cabut ubat tu, saya rasa benda tu cute, bonding time suami isteri. Takkan lah setiap masa nak duduk sebelah menyebalah. Jadi bosanlah, tu yang wujudnya scene sweet-sweet.

Jelas Rose, dia tidak dapat mengelak sebarang kecaman dan kritikan daripada netizen dan memilih untuk fokus terhadap karier dan lakonannya sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan dibawah.

Baby Shima
2 years ago

“Jangan Jadi Artis Kalau..” - Mengadu Sedih Tak Dapat Jadi Model Seluar Dalam, Baby Shima Dah ‘Kalis’ Kecaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...