Penyanyi Sasha Saidin, yang sudah lengkap menerima empat dos vaksin COVID-19 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tidak menolak kemungkinan penduduk di seluruh dunia bakal diberikan vaksin COVID-19 secara tahunan.
Menurut Sasha, 44, melihat kepada keadaan dunia yang diserang wabak berbahaya itu kemungkinan langkah terbabit bakal dilaksanakan sama seperti pengambilan vaksin influenza yang perlu diambil secara tahunan di beberapa negara.
Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai saranan vaksin COVID-19 secara tahunan tapi saya mempunyai firasat yang kuat mengatakan kita bakal menerimanya nanti.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, dia juga menyarankan penduduk di Malaysia yang belum menerima vaksin COVID-19 untuk berbuat demikian bagi melindungi nyawa diri dan orang lain.
COVID-19 bukan satu ancaman buat kita semua sebaliknya kita perlu percaya bahawa wabak ini sememangnya wujud dan amat berbahaya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Sasha serta suaminya, Sirhan Wahab tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima empat dos vaksin COVID-19 di negara itu.
Jadi, jangan lupa ambil vaksin anda okay!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.