“Saya Pun Terkejut Hubungan Kami Kekal..” – Masuk Tahun Kedua Bersama Jejaka Perancis, Maya Karin Terbuka Bergelar Isteri Semula

Hiburan

“Saya Pun Terkejut Hubungan Kami Kekal..” – Masuk Tahun Kedua Bersama Jejaka Perancis, Maya Karin Terbuka Bergelar Isteri Semula

Selebriti terkenal, Maya Karin mengakui sudah mempunyai seseorang yang istimewa dan masih berkawan rapan dengan jejaka Perancis sama yang pernah aktres ini dedahkan pada tahun lalu. Katanya, hubungan mereka masih kekal dan lelaki tersebut dikatakan seorang paling berharga dihati Maya.

Cuba jadi realistik

Menurut pelakon ini, dia sendiri turut terkejut hubungannya itu masih kekal meskipun sudah dua tahun. Walaupun ada masa tidak dapat berjumpa dalam tempoh yang lama, namun Maya berkata mereka akan menyempatkan waktu untuk bertemu di tempat pengambaran.

Advertisement

Hubungan saya dengan lelaki itu masih berterusan dan masih lagi (paling istimewa).

 

Kadang-kadang kami tidak berjumpa dalam tempoh masa yang lama iaitu sekitar tiga minggu begitu kerana masing-masing juga sibuk dengan kerja.

 

Saya cuba menjadi seorang yang realistik. Kalau nak berjumpa, mungkin dia boleh datang ke lokasi penggambaran sebab dia suka tengok saya bekerja.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

Terbuka untuk mendirikan rumah tangga

Dalam pada itu, aktres berumur 45 tahun ini juga tidak tolak untuk membawa hubungan mereka itu ke jinjang pelamin memandangkan Maya pun berbesar hati untuk meluangkan hidupnya bersama seseorang yang istimewa.

Tipu kalau tiada pasang surutnya dalam hubungan tetapi kini kami saling memahami.

 

Saya terbuka untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dan saya sangat gembira dan menikmati momen bersama seseorang.

 

Cuma saya percaya dengan ketentuan Allah, terserah kepada perancangan-Nya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

Sebelum ini sekitar tahun 2022, Maya sempat mendedahkan dirinya sedang mengenali seseorang jejaka yang disifatkan individu yang paling rapat dengannya ketika itu. Mereka juga masih dalam tempoh mengenali hati budi masing-masing.

4 weeks ago

Perkahwinan Diraja Bakal Berlangsung Ogos Ini, Tular Spekulasi Tengku Afzan Kini Bercinta Dengan Bekas Kekasih Ameera Khan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...