Pelakon Yusuf Bahrin akhirnya tampil bersuara berhubung spekulasi rumah tangganya bersama penyanyi terkenal Zizi Kirana yang dikatakan bergolak.
Menurut Yusuf, hubungan mereka masih berada dalam keadaan baik dan tidak seperti yang diperkatakan netizen.
Alhamdulillah, semuanya okay. Saya tidak mempunyai aplikasi Threads, jadi saya tidak tahu mengenai dakwaan tersebut.
Tetapi setakat ini kami okay. Saya tidak nak beri reaksi apa-apa daripada kenyataan yang dibuat oleh netizen, saya hanya okay kan semua benda,” katanya kepada Gempak.
Isu mula tercetus selepas netizen mendakwa pasangan itu sudah ‘unfollow’ satu sama lain di media sosial, sekali gus mengundang tanda tanya.
Namun Yusuf menjelaskan perkara itu bukanlah isu besar dan sebenarnya sudah lama berlaku.
Saya rasa benda itu tak ada apa-apa masalah pun sebab memang anda semua baru tahu kot sebab benda ni dah lama.
Saya tak pernah follow dia, dan dia tak pernah follow saya. Tak ada apa-apa pun sebenarnya. Saya tak tahu nak cakap apa sebab benda ini orang tak tahu.
Jadi bila orang dah dapat tahu, saya nak buat apa kan? Saya okay sahaja jangan risau, insya-Allah. Doakan sahaja.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas hanya dua bulan berkenalan. Meskipun sering memilih untuk low profile, kemunculan gosip sebegini sedikit sebanyak mencetuskan rasa ingin tahu netizen tentang status sebenar hubungan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.