“Saya Pun Tak Tahu Isu Apa Yang Dibangkitkan..” – Kamal Adli Nafi Dakwaan Rumah Tangga Sedang ‘Goyah’

Hiburan

“Saya Pun Tak Tahu Isu Apa Yang Dibangkitkan..” – Kamal Adli Nafi Dakwaan Rumah Tangga Sedang ‘Goyah’

Tatkala isu perpecahan rumah tangga hangat di kalangan selebriti, netizen turut mempersoal keharmonian rumah tangga dua orang pelakon popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Walau bagaimanapun, menurut artikel dari Mstar, Kamal Adli berkata tiada masalah yang berlaku di antara dia dan Uqasha. Padanya, setiap perkahwinan itu pasti ada ujian dan pasti ada jalan penyelesaiannya.

Advertisement

kamal adli

Saya ada dengar juga orang buat cerita, saya gelak sahaja. Saya pun tak tahu isu apa yang dibangkitkan.

Saya okay sahaja dan cuba menjadi orang yang lebih terbuka. Kalau bergaduh, saya faham perempuan kadang-kadang emosi lebih lebih lagi melibatkan anak.

Kamal Adli turut berkata dia tidak marah dan dia menasihati netizen agar menjaga percakapan sebelum meninggalkan sebarang komen.

Pelakon Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang bakal ditayangkan di Astro Ceria itu turut berkata dia dan Uqasha juga ada perasaan serta tidak menafikan mereka kecewa dengan komen netizen di media sosial.

Sebagai info tambahan, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Hawra Uqaira.

kamal adli

Uqasha senrose nafi dirinya seorang yang baik dan mulia
4 months ago

"Aku Tak Pernah 'Claim' Diri Aku Baik, Pijak Semut Tak Mati Ke Apa.." - Uqasha Senrose Bersuara Isu Pukul Pembantu Peribadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...