“Saya Pun Susah Juga..” Atikah Suhaime Rasa Bersalah Hirau Mesej Peminat Minta Bantuan

Hiburan

“Saya Pun Susah Juga..” Atikah Suhaime Rasa Bersalah Hirau Mesej Peminat Minta Bantuan

Pelakon kelahiran seberang tambak, Atikah Suhaime menzahirkan perasaan terkilan apabila dia terpaksa menghiraukan mesej daripada pengikut Instagram yang cuba menghubungi dirinya untuk meminta bantuan akibat terjejas pandemik.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime menjelaskan bahawa dia juga sama seperti mereka di luar sana yang dilanda kesusahan akibat penularan wabak pandemik ini.

Advertisement

Ujarnya lagi, banyak tawaran kerja terpaksa ditunda sehingga dia tidak dapat memperoleh pendapatan seperti sebelum ini.

“Sejujurnya saya rasa bersalah kerana menghiraukan semua DM (mesej) yang meminta bantuan. Sebab sama seperti kalian, saya juga susah. Tapi saya syukur kerana ada keluarga yang menjaga di sini. Saya sepatutnya buat kerja sama macam tahun-tahun sebelumnya, tapi COVID-19 melanda, semua kerja ditunda. Jadi saya tiada pendapatan sangat..”

Dia juga dalam pada itu menyarankan sesiapa yang terjejas agar mencari saluran bantuan yang betul seperti organisasi kebajikan seumpamanya.

Pelakon drama Dendam Cinta Arissa ini juga mengakui dirinya mengalami sedikit sebanyak tekanan perasaan dan tertekan dengan situasi tidak menentu di samping bilangan kes yang semakin meningkat.

Akhir kata, Atikah memohon orang ramai di luar sana agar terus berdoa agar keadaan semakin pulih seperti kebiasaannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...