September 8th, 2020

Seakan tampil mencuri tumpuan netizen khususnya di laman Instagram apabila kini mula mengenakan sarung kaki dalam setiap penampilannya, pengacara dan usahawan terkemuka tanah air, Neelofa dilihat tetap sopan biarpun berani mempertaruhkan fesyen gaya moden buat tatapan umum.

Netizen Teruja Neelofa Mula Pakai Sarung Kaki

Menerusi posting di laman tersebut, Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa dilihat kerap berkongsi foto outfit of the day (OOTD) terbarunya yang menutup aurat kaki dengan cukup sempurna.

“Maximised comfort and keeps your look polished.”

Meskipun mengenakan seluar di atas paras buku lali dengan sepatu tumit tinggi bertutup, Lofa tetap kelihatan “stailo” apabila mengenakan sarung kaki berwarna kulit bagi menutup auratnya.

Netizen Teruja Neelofa Mula Pakai Sarung Kaki

Seperti sudah dijangka, meninjau ke ruangan komen entri terbabit, Lofa khabarnya telah dihujani pelbagai kata puji daripada pengikutnya di laman tersebut berikutan penampilannnya kini yang dilihat makin patuh syariah berbanding sebelum ini.

Netizen Teruja Neelofa Mula Pakai Sarung Kaki

Malah, tidak ketinggalan juga, ramai dalam kalangan peminat juga memuji gaya Lofa dan turut sama terinspirasi untuk menjaga aurat kaki mereka.

Netizen Teruja Neelofa Mula Pakai Sarung Kaki

Meninjau ke ruangan foto Neelofa di Instagram, ikon fesyen ini difahamkan telah mula mengenakan sarung kaki sekitar beberapa bulan lepas.

Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 220,000 tanda suka daripada warga Instagram.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...